Monday 19 November 2012

20 KEISTIMEWAAN WANITA...

Assalamualaikum :)

hey3 semuaa ! :D hri nie aq nk share somethg psl wanita kda wanita2 diluar sane..betapa beruntungnyaa menjadi seorang WANITA :) so, selamat membaca yee :))


  1. doa wanita lebih makbul dpd lelaki kerana lebih penyayang dari lelaki. sabda Rasulullah saw : "ibu lebih penyayang dpd bapa & doa org yg penyayang tidak akn sia-sia.."
  2. wanita solehah lebih baik dpd 1000 org lelaki yg tidak soleh
  3. seorang wanita solehah lebih baik dpd 70 org wali
  4. seorang wanita solehah lebih baik dpd 70 org lelaki  soleh
  5. sesiapa yg mnggembirakan ank perempuannya, maka darjatnya umpama org yg sentiasa menangis kerana takutkan Allah SWT akn diharamkan api neraka ke ats tubuhnya
  6. sesiapa yg mmbawa mknn utk keluarganya, maka pahalanya sama spti bersedekah. hendaklah mendahulukan anak perempuannya dpd anak lelakinya. maka sesiapa yg menyukakan anak perempuannya seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail a.s
  7. sabda Rasulullah SAW : "wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku di dlm syurga "
  8. sesiapa yg bersikap ihsan & mendidik anak perempuan atau saudara perempuannya dgn penuh rasa taqwa dan tanggungjawab maka baginya adalah syurga.
  9. daripada Aisyah r.a : "sesiapa yang diuji dgn sesuatu dpd anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akn menjadi penghalang baginya dpd api neraka"
  10. syurga itu dibawah telapak kaki ibu dan ibu adalah seorang wanita
  11. apabila dua org ibubapamu memanggilmu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu
  12. seorang wanita yg taat berkhidmat kpd suaminya akn tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. masuklah dia dari mana-mana pintu yg dia kehendaki tanpa dihisab
  13. seorang wanita yg mentaati suaminya (serta menjaga solehnya dan puasanya), semua ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan akn beristighfar untuknya selamadia mentaati suaminya dan meredhainya
  14. Aisyah r.a berkata : " aku bertanya kpd Rasulullah SAW siapakah yg lebih besar haknya terhadap seorang wanita?" jawab baginda, "suaminya". " siapa pula yang berhak terhadap seorg lelaki ?" jawab baginda, "ibunya".
  15. Allah SWT akan memasukkan setiap wanita yg membantu suaminya di dalam urusan agama ke dalam syurga lebih dahulu dpd suaminya
  16. Apabila seorang wanita hamil maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah SWT akan mencatatkan baginya setiap hari dgn 1000 kebaikan dan menghapuska darinya 1000 kejahatan
  17. sabda Rasulullah SAW : "wahai Fatimah, utk setiap wanita yg mengeluarkan peluh ketika membuat roti, Allah akan membinakan 7 parit di antra dirinya dgn api neraka. Jarak di atra parit itu ialah sejauh langit dan bumi "
  18. seorang wanita yang menyapu lantai dgn berzikir kpd Allah SWT akan mendapat pahala seperti menyapu lantai di Baitullah
  19. seorang wanita yang menguli tepung dengan membaca 'Bismillah" maka rezekinya akan diberkati oleh Allah SWT
  20. pada suatu ketika di Madinah, Rasulullah SAW keluar mengiringi jenazah.baginda mendapati ada beberapa orang wanita di dalam masjid itu.baginda lalu bertanya, "adakah kamu menyembahyangkan mayat ?" jawab mereka, "tidak." lalu baginda bersabda, "seeloknya kamu sekalian tidak perlu menziarahi jenazah kerana tidak ada pahala bagimu. tetapi tinggallah di rumah dan berkhidmatlah kepada suami nescaya pahalanya sama dgn ibadat-ibadat org lelaki"
so,bersyukurlah menjadi seorang wanita dan berusahalah ke arah seorang wanita solehah..in shaa allah syurga tempatnya :) act, ad 50 keistimewaan yg aq bcenie  tp tp xlarat nak taip hehe.. in shaa allah smbg bebile..kot hee;) btw,nie bukan rekaan semata-mata ad rujukannya..nk taw ? haa kat sini...

*haa dlm buku nie lah..nak taw bnyk lg.beli lah ea :)) hehe

okayy! nie jee utk entry kali nie ! selamat membaca dan sama-sama perbaiki diri.. in shaa Allah :) jaga diri jaga iman.. wassalam :D

created by : partner blogger lg ;))





Saturday 17 November 2012

SAVE GAZA !

Assalamualaikum semua :)

Alhamdulillah hari nie kita semua masih dpt bernafas dan mghirup udara segar di atas muka bumi Allah ini tanpa sebarang gangguan..give all the praise to him..say alhamdulillah :)) sentiasalah bersyukur kita kepadaNYA..

"siapa yang tidak bersyukur dengan yang sedikit pasti tidak akan bersyukur dengan banyak.."

tpi sedarkah kita shabat,saudara,abg,kakak dan adik2 seagama dgn kita sedang berjihad menegakkan agama Allah di bumi gaza sana? tiada lagi senyum tawa gembira dari wajah mereka semua? hanya sekadar tangisan yg memenuhi ruang bumi gaza..subhanallah! selamatkanlah mereka ya Allah ya tuhanku :'( Amiinn..

bgi saudara2 yg sdg leka dgn dunia mreka sndiri sperti katak hidup d'bwh tempurung tuh sy ingin berkongsi suasana saudara2 kita di bumi gaza sana..renung2kan :')

*bagaimana kalau negara kita bgini pd mase skarg?nauzubillah..
*tiada apa lg yg tggl...masyaAllah..
*Al-fatihah utk kanak2 yg tdk berdosa ini..In shaa Allah syurga tempatnya :')
*Al-fatihah utk kanak2 ini jgee..semoga d'tempatkan di syurga Allah :')

beginilah keadaan di gaza sekarang..allahuakbar! apble kita melihat keadaan ini adekah kita hanya skadr melihat dan bersedih? tidak! kita perlu turut sertai jihad mereka biarpun tidak mampu menolong disana kirimkanlah doa yg berpanjangan kpd mereka..lakukanlah solat hajat utk mereka..bkn ambil mase yg lame pn..mgkn xsmpi 5mnt pn..iringilah jihad mereka bersama doa supaya umat Islam mampu terus berjuang utk agama Allah swt..In shaa Allah dan sekurang2nya kita turut menyumbangkn bantuan utk menegakkan agama Allah..
"""barangsiapa tidak mengambil berat tentang urusan umat islam, maka bukanlah mereka dari kalanganku" sabda Rasulullah saw 

*doakanlah utk saudara2 seagama dgn kita.ISLAM! in shaa allah :')

jadi,mari kita sama2 renungkan dan berdoalah kpd Allah utk kebebasan mereka di gaza sana..hnya kepadaMU aku memohon dan hanya kepadaMU aku meminta, tuhanku yang Maha Besar.. :')

*SAVE GAZA !

okaylah itu sjee..renung2kan dan selamat beramal :)) ALLAH TUHANKU,ISLAM AGAMAKU DAN MUHAMMAD NABI dan RASULKU..


created by:partner blogger ;))



Thursday 15 November 2012

Assalamualaikum..di bawah ni ade gambar2 yg diambil di halaman rumah oleh sye..hehe..sye msih amatur dlm bidang fotografi..hrap beri komen yg mmberangsangkan..utk mkluman..kamera yg digunakan adalah Canon EOS 500D...tips2 yg bgune sgt2 dialukan...terima kasih... :)










 

pic kitten ni na tnjuk kt partner sye..na kasitau dye yg ank kucing lahir da ad bulu da! kih3..
 
 

Tuesday 13 November 2012

Sejarah Maal Hijrah


 

Assalamualaikum wbt..... ;) untuk pengetahuan rakan2 yg hidup dlam dunia sndiri.haha. Esok umat Islam akn meraikan perayaan Maal Hijrah.Buku amalan kita semua akan ditutup dan digantikan dengan yang baru. :) InsyaAllah di bawah ini ada diterangkan serba sedikit tentang sejarah Maal Hijrah

Maal Hijrah selalu disambut setiap tahun oleh semua yang beragama Islam. Di Malaysia, perayaan Maal Hijrah disambut dengan pelbagai aktiviti kerohanian termasuklah ceramah-ceramah agama, ceramah motivasi, perarakan sambil melaungkan selawat ke atas Junjungan Besar, Nabi Muhammad S.A.W.
maal-hijrahNamun, semakin hari, sejarah sebenar mengenai sambutan Maal Hijrah semakin dilupakan. Buktinya, cuba anda tanya 10 daripada rakan-rakan anda. Berapakah yang mampu menjawab sejarah sebenar Maal Hijrah? Sejarah sambutan Maal Hijrah disambut adalah berkaitan dengan sirah Rasulullah dan juga para sahabat Baginda, so, wajiblah jkita sebagai seorang Islam mengetahui sejarah peristiwa Maal Hijrah ini.
Awal Muharram atau Maal Hijrah merupakan suatu hari yang penting bagi umat Islam kerana menandakan peristiwa penting yang berlaku dalam sejarah Islam iaitu memperingati penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w dari Kota Makkah ke Madinah pada tahun 622 Masihi.
Peristiwa bersejarah itu berlaku pada 1 Muharam serta merupakan hari pertama dan tahun baru bagi Takwim Hijrah. Pada permulaan Hijrah, Nabi Muhammad SAW telah keluar dari Kota Makkah menuju ke Madinah dan ditemani oleh Saidina Abu Bakar As-Sidiq.
Perpindahan ke Kota Madinah adalah untuk menyelamatkan seluruh Umat Islam yang beriman pada ketika itu dari kekejaman kafir quraisy. Pemergian Baginda dan Abu Bakar As-Siddiq dihidu dan mereka dikejar, namun Allah menyelamatkan mereka dengan bersembunyi dalam sebuah Gua.
Setelah itu, kebanyakan umat Islam berpindah ke kota Madinah dan Madinah berubah menjadi sebuah Kota Islam yang kukuh sehingga melebarkan kembali Islam ke seluruh dunia termasuk Makkah.
Perpindahan itu menjadi titik mula perkembangan dan dakwah Islam secara besar-besaran.Itulah serba sedikit sejarah mengenai peristiwa yang berlaku pada awal Muharram dan juga dikenali sebagai Maal Hijrah.

Jadi,rakan2 bolehlah memperbanyakkan amalan sunat pada hari ini seperti membaca Surah Yassin selepas solat Asar disertakan dengan doa  akhir tahun,membaca Surah Yassin selepas solat Maghrib disertakan doa awal tahun. InsyaAllah. Tapi janganlah kita mnjadi seperti sesetengah golongan yang mengutamakan amalan sunat daripada yang wajib. 'Yang wajib didahulukan, yang sunat diutamakan' hehekk..sesuai ker?kalau tak betul silalah tegur..hehe. Semoga senantiasa mendapat keredhaan dan juga rahmatNya. Insyaallah. Salam Maal Hijrah dari saya dan partner.. Wassalam......


   

Usahalah Menjadi Imam Wahai Lelaki!


Hilangnya Seorang 'Imam'
Tok bilal mundar mandir. Gelisah. Serba tidak kena.
"Mana orang ni, siapa nak jadi imam ni, takkan nak minta muslimah pula, sesat ni...".
Selipar di luar surau sudah penuh, namun hanya dipenuhi selipar muslimah. 15 minit berlalu. Akhirnya terdapat tiga orang lelaki, yang dibukakan hati oleh Allah, untuk datang berjemaah di surau. Tetapi, lain pula ceritanya.
"Owh, tak sembahyang lagi rupanya, kita masih awal, jom baring dulu..," kata salah seorang daripada mereka.
Tok bilal bermonolog, bersyukur, memuji kebesaran Ilahi.
"Alhamdulillah, ada juga yang dah datang surau, dah boleh iqamah ni."
Selesai sahaja ketiga-tiga mengambil air sembahyang,
"Saff... Allahuakbar allahuakbar................."
Namun, tiga orang lelaki itu mempunyai ragam yang tersendiri.
"Alamak, dah iqamah, tak ada orang nak imam la plak. Ehh, aku nak pergi tandas jap."
"Err, aku dah terkentut la plak, nak ambil sembahyang jap."
"Haa gerak dulu, gerak dulu, ada orang call aku."
Semua mengelak, tidak mahu menjadi imam. Setelah selesai iqamah, tok bilal menoleh ke belakang.
"Laaaa, mana orang tadi ni!"
Bayangkan jika beginilah yang berlaku.. Apa yang akan kita lakukan? Adakah kita juga akan menjadi seperti ketiga-tiga orang tadi?

Kalau Semua Tidak Layak, Siapa Yang Layak?
Masjid Daerah atau Negeri mungkin boleh dikecualikan kerana masjid tersebut sudah mempunyai imam dan bilal yang telah ditauliah. Insiden ini sering berlaku di mana-mana surau atau masjid kawasan. Tidak semua, tapi segelintir. Sering sahaja masalah untuk menjadi imam diperbicarakan. Tolak menolak saling berlaku antara jemaah di surau, tidak kira samada golongan tua atau muda. Sama sahaja kerenahnya.
Justeru, tidak mustahil juga ada di antara jemaah yang sengaja datang lewat ke surau atau masjid hanya semata-mata tidak di 'tolak' ke hadapan untuk menjadi imam. Dan tidak mustahil ada juga di antara jemaah yang pada awalnya datang namun merasa solat di rumah lebih baik asbab insiden yang berlaku - ketiadaan imam yang tetap
"Eh, pergilah jadi imam, kau paling layak."
"Bukan kau sekolah agama ke, kau lah yang paling layak."
"Anda ambil Al-Quran Sunnah kan, masa SPM? Saya ambil Pendidikan Islam je, jadi andalah orang yang kami cari."
Semua mempunyai alasan yang tersendiri. Semua mengelak untuk tidak mahu menjadi imam. Mungkin ramai yang menggunakan hadis ini sebagai hujah.
Diriwayatkan hadith daripada Abi Masud r.a iaitu Abdullah bin Mas'ud, berkata: 'Bersabda Rasulullah SAW yang bermaksud
"Menjadikanlah oleh kamu sekalian (yakni, hendaklah kamu jadikan atau angkat seseorang menjadi) imam kamu orang yang lebih pandai membaca Kitab Allah (a.w) (yakni, terbaik dalam membaca surah-surah al-Quran); maka jika ada sama mereka dalam kepandaian bacaan, maka mendahulukan oleh kamu (yakni, pilihlah) orang yang lama bertempat di qariah itu; maka jika sama lamanya dalam menjadi ahli qariah, maka dahulukan (yakni, pilihlah) orang yang lebih banyak ilmunya mengenai ilmu as-Sunnah (yakni, faqih tentang al-Hadith); maka jika sama dalam ilmu mereka mengenai ilmu as-Sunnah, maka mendahulukan (yakni, pilihlah) yang lebih tua antara mereka."
(Hadis Riwayat an-Nasa'i)
Jelaslah, mengikut ketetapan Rasulullah SAW, pemilihan imam solat itu hendaklah mendahulukan orang yang paling pandai membaca al-Quran dari segi tartil, sebutan dan pandai mengenai makhraj huruf dan sebagainya supaya bacaannya betul. Kemudian, lama tempoh dia menetap di qariah tersebut, jika sama pandai.
Kemudian, jika sama qari dan lebih kurang sama tempoh menetap di qariah tersebut, hendaklah dipilih orang yang paling alim tentang as-Sunnah yakni, faqih dalam ilmu-ilmu al-Hadith supaya dia membaca surah-surah dengan betul dan baik serta dapat mengajarkan jemaahnya serta membimbing ahli qariahnya berpandukan Ilmu as-Sunnah. Jika ramai pula yang alim tentang as-Sunnah, maka hendaklah diangkat orang yang paling tua di kalangan mereka. 

Tanya Diri Kita
Persoalannya, sampai bila kita tidak mahu menjadi imam? Sampai bila kita tidak mahu berusaha untuk mempunyai ciri-ciri menjadi imam, seperti hadis di atas?
Sampai bila nak tunggu, untuk memperbaiki diri kita, supaya benar-benar layak menjadi imam? Sampai dijemput oleh malaikat maut, baru ada kesedaran?
Jika tak mampu menjadi imam, berusahalah sehingga mampu! Takkan 'aku tak mampu' untuk selama-lamanya, kan?
Sekiranya mempunyai kesedaran bahawa diri tidak mempunyai ciri-ciri untuk menjadi imam, seperti hadis di atas, seharusnya kita memperbaiki diri kita, menggunakan segala peluang yang ada untuk mempertingkatkan ilmu agama.
"Err, aku malulah nak jadi imam, aku dah cuba, tapi rasa aku tak layak jugak."
Alasan yang tidak relevan sebenarnya untuk seorang lelaki tidak mahu menjadi imam, sedangkan dia mempunyai pilihan, untuk memperbaiki dirinya, hingga benar-benar layak menjadi imam. Semuanya terletak di tangan masing-masing.

Jangan Ditanya Mengapa
Selesai sudah akad nikah. Hari ini sebuah lagi masjid telah didirikan. Alhamdulillah. Semuanya gembira. Syukur kerana majlis berjalan lancar, seperti yang dirancang.
"Abang, ayah suruh abang jadi imam, sembahyang zohor nanti, kita sembahyang berjemaah ye", kata si isteri.
Isteri mana yang tidak mahu menjadi makmum kepada suami sendiri, bukan? Itulah yang ditunggu-tunggu para isteri selama ini, untuk mendapat suami yang benar-benar mampu membimbing keluarga ke jalan Allah, serta mampu menjadi imam solatnya.
Bagi lelaki yang sudah biasa menjadi imam,
"Insyaallah, abang akan menjadi imam kepada sayang, dan seluruh ahli keluarga sayang, ok." Senyuman kasih diberikan kepada isterinya, tanda setuju.
Berbeza pula dengan lelaki yang selama ini mempunyai seribu alasan, untuk tidak mahu menjadi imam,
"Errk! Betul ke ni, sayang, alamak! Esok boleh tak? Abang tak sedap badan ni." Pucat mukanya, kerana tidak mempunyai pengalaman menjadi imam selama ini.
Pasti hampa harapan si isteri, sudahlah baru sahaja mendirikan rumah tangga. Pasti kecewa.
Jadi, yang mana satukah diri kita? Masih belum terlambat untuk kita berubah sekarang.
- Artikel iluvislam.com