Tuesday 13 November 2012

Sejarah Maal Hijrah


 

Assalamualaikum wbt..... ;) untuk pengetahuan rakan2 yg hidup dlam dunia sndiri.haha. Esok umat Islam akn meraikan perayaan Maal Hijrah.Buku amalan kita semua akan ditutup dan digantikan dengan yang baru. :) InsyaAllah di bawah ini ada diterangkan serba sedikit tentang sejarah Maal Hijrah

Maal Hijrah selalu disambut setiap tahun oleh semua yang beragama Islam. Di Malaysia, perayaan Maal Hijrah disambut dengan pelbagai aktiviti kerohanian termasuklah ceramah-ceramah agama, ceramah motivasi, perarakan sambil melaungkan selawat ke atas Junjungan Besar, Nabi Muhammad S.A.W.
maal-hijrahNamun, semakin hari, sejarah sebenar mengenai sambutan Maal Hijrah semakin dilupakan. Buktinya, cuba anda tanya 10 daripada rakan-rakan anda. Berapakah yang mampu menjawab sejarah sebenar Maal Hijrah? Sejarah sambutan Maal Hijrah disambut adalah berkaitan dengan sirah Rasulullah dan juga para sahabat Baginda, so, wajiblah jkita sebagai seorang Islam mengetahui sejarah peristiwa Maal Hijrah ini.
Awal Muharram atau Maal Hijrah merupakan suatu hari yang penting bagi umat Islam kerana menandakan peristiwa penting yang berlaku dalam sejarah Islam iaitu memperingati penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w dari Kota Makkah ke Madinah pada tahun 622 Masihi.
Peristiwa bersejarah itu berlaku pada 1 Muharam serta merupakan hari pertama dan tahun baru bagi Takwim Hijrah. Pada permulaan Hijrah, Nabi Muhammad SAW telah keluar dari Kota Makkah menuju ke Madinah dan ditemani oleh Saidina Abu Bakar As-Sidiq.
Perpindahan ke Kota Madinah adalah untuk menyelamatkan seluruh Umat Islam yang beriman pada ketika itu dari kekejaman kafir quraisy. Pemergian Baginda dan Abu Bakar As-Siddiq dihidu dan mereka dikejar, namun Allah menyelamatkan mereka dengan bersembunyi dalam sebuah Gua.
Setelah itu, kebanyakan umat Islam berpindah ke kota Madinah dan Madinah berubah menjadi sebuah Kota Islam yang kukuh sehingga melebarkan kembali Islam ke seluruh dunia termasuk Makkah.
Perpindahan itu menjadi titik mula perkembangan dan dakwah Islam secara besar-besaran.Itulah serba sedikit sejarah mengenai peristiwa yang berlaku pada awal Muharram dan juga dikenali sebagai Maal Hijrah.

Jadi,rakan2 bolehlah memperbanyakkan amalan sunat pada hari ini seperti membaca Surah Yassin selepas solat Asar disertakan dengan doa  akhir tahun,membaca Surah Yassin selepas solat Maghrib disertakan doa awal tahun. InsyaAllah. Tapi janganlah kita mnjadi seperti sesetengah golongan yang mengutamakan amalan sunat daripada yang wajib. 'Yang wajib didahulukan, yang sunat diutamakan' hehekk..sesuai ker?kalau tak betul silalah tegur..hehe. Semoga senantiasa mendapat keredhaan dan juga rahmatNya. Insyaallah. Salam Maal Hijrah dari saya dan partner.. Wassalam......


   

No comments:

Post a Comment